Sunday, January 24, 2010

Kewajiban kita untuk mengganti sistem ekonomi kapitalis kepada sistem ekonomi islam

Assalamualaikum....




Pokli sungguh bergaya, kena jadi MC



Satu nafas dengan azam baru bersemi di sanubari tatkala mendengar peringatan para panel tentang sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam.






Prof Madya Ahamed Kameel



Sejarah membuktikan negara yang menggunakan duit fiat ( matawang yang tidak bersandarkan nilai emas) tidak akan bertahan melebihi 60 tahun. Cetakan duit kertas dengan alasan sebagai rangsangan ekonomi mungkin akan melegakan untuk satu jangkamasa yang singkat tapi cetakan yang berterusan umpama gelembong yang akan pecah bila bila masa. Di US 95% duitnya adalah dalam bentuk nombor yang dicetak pada buku akaun pemegangnya. Di Malaysia cuma 20% urusan jual beli menggunakan duit ringgit selebihnya adalah cetakan nombor dalam akaun. Jadi sebenarnya jual beli dalam ertikata yang sebenarnya tidak berlaku. Semuanya hutang, hutang, hutang.....Sistem ekonomi yang berlandaskan hutang ( semestinya riba kalau sistem kewangan konvensional yang kapitalis ) cuma menunggu masa untuk CRASH. Ini dibuktikan dengan berlakunya krisis ekonomi yang melanda dunia. Bila menghadapi krisis ekonomi maka kerajaan - kerajaan di dunia akan mencetak lagi wang fiat untuk Bail Out bank pusat masing masing. Hasilnya nilai wang merudum, harga barang mencanak. Prof Madya Kamil membawa contoh klasik jika dulu ( 70 an ) 20 sen cukup untuk membeli sekeping roti canai dan secawan teh, sekarang ? Maksudnya nilai duit kita semakin mengecut !!!










Mr Teoh, GM Public Gold untuk bahagian barang kemas, sibuk....banyak paper work dan persiapan perlu diselesaikan menjelang pelancaran barang kemas Public Gold pada 28 Feb nanti. Peluang baru kepada ejen ejen Public Gold untuk sama sama "memeriahkan" GoldHighway







Prof Umar Ibrahim Vadillo, seorang yang amat komited untuk menjulang kembali dirham dan dinar dalam sistem ekonomi dunia. Presiden Pudina Dunia. Sangat berpengalaman dalam sistem kewangan Islam. Memeluk Islam pada tahun 1985, berasal dari Sepanyol. Bekas empayar Islam yang terbilang satu masa dulu.


Beliau menekan betapa menjadi kewajiban kita untuk mendaulatkan wang dinar dan dirham dalam perdagangan dan ekonomi. Selagi kita masih bergantung kepada duit Fiat seperti US dollar maka kita sebenarnya belum lagi merdeka dalam ertikata yang sebenarnya tegas beliau. Dinar dan dirham jika menjadi medium of exchange, maka kedua dua pihak yang terlibat dalam jual beli mendapat kebebasan, sebab dinar dan dirham prinsip asasnya adalah MERDEKA.







Mahaguru Emas Syukur banyak memberi bimbingan langsung dan tak langsung



Barulah rasa sedar bahawa sebenarnya ada AGENDA yang amat penting apabila terlibat dengan perniagaan emas. Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allahlah yang sebaik baik perancangan. Sama ada sedar atau tidak kita adalah sebahagian daripada sejarah untuk mengembalikan manusia kepada sistem ekonomi dan kewangan islam yang indah dan adil. Kita bertanggung jawab untuk membuka ruang kepada seluruh umat manusia untuk bebas daripada sistem kewangan kapitalis yang berteraskan riba. Di mana Allah dan RasulNya mengisytiharkan perang bagi mereka yang terlibat dengan riba ! Oleh itu marilah sama sama kita membetulkan niat, menguatkan azam dan merancang dengan penuh kebergantungan kepada Allah untuk mendaulatkan kembali dinar dan dirham seterusnya memartabatkan sistem ekonomi Islam pada tempat yang selayaknya. Allah tidak akan bertanya Apakah kejayaan yang telah anda capai dalam usaha ini..Tapi saya dan anda semua akan disoal apakah usaha yang telah kita lakukan ?
Wassalam

No comments:

Post a Comment