Saturday, January 16, 2010

SAHABATEMAS RESOUCES

Assalamualaikum,



Alhamdulillah.....kesyukurun mutlak untuk Allah S.W.T . NikmatNya berterusan secara zahir dan batin, sedar dan tanpa sedar...

Pada 14 Januari 2010 dengan izin Allah jua Sahabatemas telah selamat berdaftar dengan SSM sebagai sebuah syarikat yang sah dari segi undang - undang untuk menjalankan perniagaan jual beli emas. No daftar adalah KT 0270313 - W . Sesungguhnya apabila Allah merancang tiada siapa yang dapat meramalkan ke arah mana arahnya. Kita sebagai makhlukNya wajib meyakini bahawa setiap perancangan Allah itu ada hikmahnya.



Tanpa diduga membeli emas public gold pada asalnya sebagai simpanan ( investor ) kemudiannya berkembang kepada pendagang ( trader )..., kemudian berkongsi dengan saudara Mhd Nasser untuk bergabung membentuk regu dua master dealer. Selepas perbincangan demi perbincangan, dengan izin Allah tertubuh sebuah syarikat pula.Alhamdulillah....



Kini sahabatemas telah memasuki satu era baru yang lebih mencabar dan bersedia untuk memasuki Goldhighway.......semua boleh menyertainya, perkongsian sejahtera adalah matlamat bersama....Insya Allah selepas ini kita sama - sama berkongsi pengalaman Kembara Ilmu sahabatemas ke Dewan Melawati, Tabung Haji, Kelana Jaya untuk menyertai seminar krisis kewangan dan peranan emas anjuran Public Fine Gold Sdn Bhd. Wassalam.

No comments:

Post a Comment